Biarkan awan yang melirikkan kasih di atas langit sana
Terus menukir alunan alur kepulan cintanya
Terkadang ia berwajah putih dan terkadang ia kelabu
Mengimbau segala gamitan rindu..
Lukisan satu saat
Aku si ranting kayu yang ingin terus hidup
*******************************************
“alhamdulillah”..zikir ini yang mampu menyegarkan semula
rasa kegembiraan yang kurasai tatkala ini rasa syukur kepada ALLAH swt…
Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan kepada semua.
syukran menjadi pengunjung pertama ke blog ini ,semoga anda semua
sentiasa dalam rahmat ALLAH dan dakapan Kasih sayang ALLAH dan manusia.
Blog “Uncle Tani to you”adalah cetusan diri yang ilhamnya
datang dari ALLAH dalam usaha untuk membuka minda manusia sejagat bahawa
pertanian jua merupakan salah satu cara kita untuk mengenali ALLAH..melalui pancaindera yang ALLAH telah kurniakan kepada kita..
Surah ar-Rahman ayat 40
Maka yang mana satu di antara nikmat-
nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
Surah ar-Rahman ayat 40
Maka yang mana satu di antara nikmat-
nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
Perspektif manusia kini memandang pertanian adalah satu bidang
yang hanya memfokuskan kepada golongan sasaran yang berpendapatan rendah dan
miskin sudah tidakboleh dipakai lagi.Lihat saja data penyumbang terbesar ekonomi negara yang banyaknya jua datang dari sektor pertanian..
Perspektif manusia yang hanya memandang pertanian ini hanya
menjurus kepada tanah dan hasil harus di bongkar serta diterjemahkan lagi dalam
bentuk rasa Takjub dan syukur kepada ALLAH swt yang telah menciptakan alam ini.
Dan akhir sekali..
Blog “Uncle Tani To you “adalah sebagai langkah untuk kita
berhadapan dengan alam.berkomunikasi dengan alam serta tadabbur alam.
Jarang sekali ya manusia memandang alam ini dengan rasa
keindahan yang sangat sangat dan rasa memuji lantaran melihat alam.jika pernah
,alhamdulillah..jika tidak …maka jum kita buka langkah untuk menambah lagi rasa
kesyukuran kita kepada ALLAH melalui ciptaan ALAM pertanian ini.
sekian..assalammualaikum w.b.t :)
Sebarang idea/cadangan //bolehlah di emailkan kepada ana..
uncletani@yahoo.com
No comments:
Post a Comment