Saturday, 20 April 2013

Read In Quran about the relations between Tauhid and Trees

24. See you not how Allah sets forth a parable? - A goodly word as a goodly tree, whose root is firmly fixed, and its branches (reach) to the sky (i.e. very high).
( SURAH IBRAHIM 14;24)
25. Giving its fruit at all times, by the Leave of its Lord and Allah sets forth parables for mankind in order that they may remember.


translation in Malays..

“Perumpamaan Allah kepada kalimah yang baik ialah seperti pokok yang baik dan asalnya (akarnya) teguh dan cabangnya menjulang ke langit , menghasilkan buah dengan izin tuhan-Nya dan demikianlah perumpamaan Allah kepada manusia semoga mereka beroleh peringatan” (Ibrahim : 24 & 25).


its all about aqidah..
now we learn from the tree
we learn from our surrounding
we learn from living things
its a miracle
because ALLAH teach us thorugh the simplest things 
that we can observe and think logically

KALIMAH YANG BAIK IBARAT POKOK YANG BAIK

Perumpamaan Aqidah untuk difahami ialah seperti yang digambarkan oleh Allah swt dalam Al-Qur’an :

“Perumpamaan Allah kepada kalimah yang baik ialah seperti pokok yang baik dan asalnya (akarnya) teguh dan cabangnya menjulang ke langit , menghasilkan buah dengan izin tuhan-Nya dan demikianlah perumpamaan Allah kepada manusia semoga mereka beroleh peringatan” (Ibrahim : 25).

كلمة طيبة - ( Kalimah yang baik )

Disebut oleh Ibn Katsir ra melalui riwayat yang dibawa oleh Ali ibn Abi Thalhah bahawa ianya ditafsirkan oleh Ibn Abbas ra sebagai “ Kalimah Syahadah” iaitu kalimah tauhid. Secara keseluruhannya ianya dimaksudkan perkara-perkara aqidah yang menjadi I’tiqad dan pegangan.

Manakala ayat

كشجرة طيبة – (Pokok yang baik)

Ditafsirkan sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman seperti yang diriwayatkan dari Ibn Umar ra dengan katanya : “ Diberitahukan kepada aku bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu diibaratkan sebatang pokok” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 72 dan Muslim no. 2861).




Manakala ayat
أصلها ثابت – (Asalnya & Akarnya kukuh)

Sebagai membawa maksud aqidah yang benar itu ialah yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman dan keadaannya itu ialah kukuh, teguh dan tetap tanpa ragu dan goncang dan bagaimanakah hal ini mampu tercapai pada aqidah taqlid dan ikutan buta ? Maka jelaslah aqidah yang sahih itu ialah yang terhasil dari ilmu dan pegangan yang kukuh dari sumber yang juga yakin dan teguh iaitu kitab dan sunnah.

Dari kekukuhan dan keteguhannya aqidah itu akan menghasilkan buah dan amal yang baik seperti maksud ayat berikut :

و فرعها في السمآ ء توتى أكلها كل حين بأذن ربها - (Dan Cabangnya menjulang ke langit menghasilkan buah pada setiap waktu dengan izin tuhannya)

Iaitu cabangnya menuju ke langit mengeluarkan buah-buah dengan izin Allah iaitu sebagai membawa maksud hasil amalan soleh yang dilakukan dimisalkan seperti buah hasil dari pokok yang baik yang disepertikan kepada orang yang beriman yang memiliki akar iaitu asas aqidah yang kukuh teguh yang akan mengangkat amalan baik itu tadi ke langit untuk diterima oleh Allah swt.

Membawa hujah bahawa jika akar itu buruk atau rosak iaitu aqidah itu bukanlah aqidah yang sahih sebaliknya rosak, aqidah bathil maka akan menjadikan pokok itu juga rosak sekaligus amalan itu tidak akan sampai diterima dan akan ditolak.

Cabang dalam ayat ini juga bermaksud penujuan matlamat dari amalan soleh itu semuanya menuju kepada Allah di langit dan terhasilnya demikian itu melalui wujudnya aqidah yang sahih yang kukuh dan benar. Demikianlah tafsir Imam Ibn Katsir ra yang diriwayatkan dari Said ibn Jubair ra (lihat Mukhtasar Ibn Katsir ra 375 Jilid 2).


see????tree as a one of the major part in agriculture.subhanallah..~_^
anyone that want the translation in english please pm me at azamkualfateh@yahoo.
insyaALLAH i will try my best to help you because ALLAH.


1 comment:

  1. erm...if you want to get more expalnation please ask someone who is good in Tafseer Quran or from peole that has knowledge about it.
    ^^

    ReplyDelete